Tuesday, December 2, 2014

RAHSIA YANG JAUH - Dem Dambul

Barangkali kita semua pernah mendengar
tentang laut yang tebingnya terlalu jauh
setiap kali mahu memandang kepadanya
yang nampak cuma buih-buih terapung.


 

Sekalipun kita semua tidak pernah tahu
seluruh rahsia pada tiap gelora ombak
hati yang peka selalu dapat merasakan
di dalamnya tersimpan sunyi yang luas.

No comments:

Post a Comment