Sunday, May 29, 2011

YANG PASTI (Zurinah Hassan)

Kau mungkin bukan lelaki terbaik
tetapi buat perempuan sepertiku
mungkin tidak ada yang lebih darimu


Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
tapi dengan keadaan begini
aku tidak meminta
yang lebih baik

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
aku juga tidak menyoal perasaanmu
kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
orang jadi semakin ragu
terlalu berbicara dan banyak menganalisa
orang jadi semakin tidak tahu

Aku mungkin kurang pasti
tentang apa yang telah kukatakan
tetapi yang pasti
kita tidak perlu terlalu pasti.

No comments:

Post a Comment