Jika kau rindu
susurilah pantai itu
pasti ada sejuta kenangan
menanti di sana
atau
tataplah pada merah senja
di pelabuhan itu
kerana akupun
pada waktu-waktu begitu
berdiri di pantaiku
susurilah pantai itu
pasti ada sejuta kenangan
menanti di sana
atau
tataplah pada merah senja
di pelabuhan itu
kerana akupun
pada waktu-waktu begitu
berdiri di pantaiku
Seperti selalunya
jika kau rindu
bisiklah pada bayu
dan dari tanah seberang ini
kunantikan khabarmu
jika kau rindu
bisiklah pada bayu
dan dari tanah seberang ini
kunantikan khabarmu
No comments:
Post a Comment