Semalam
ada ombak mengocak lautan
irama gunung payung gemala hati
kita seiring langkah senada kata
dalam rentak kasih bahasa cinta
aku rebah di kakimu
dan kilau matamu selamanya
menjadi ilham yang mencipta istana
pada seniman kerdil di daerah sepi
Kini ombak tiada lagi di dada laut
kau pergi dengan hati yang membakar
aku tinggal di rasa yang tercalar
bukan mata benda nilai kasihku
tiada emas tukaran budi
sebuah cinta yang mengisi
adalah sebuah kehidupan yang bererti
Kini laut kian sepi
turut berduka atas pemergianmu
dan sebuah kesal menggigit dukaku
kerana cintamu hanyalah istana pasir
roboh dan hanyut bersama air yang mengalir
Namun dik
dalam diriku denyut kasih masih hangat
masih bersimpuh dalam bayang-bayangmu
selamanya
selamanya.
No comments:
Post a Comment